Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Istihsan


Istihsan (Arab: اِسْتِحْسَان) ialah sumber hukum dalam agama Islam untuk mengambil hukum yang terbaik daripada kalangan mujtahid setelah dipertimbangkan kebaikan serta keburukannya.[1] Dari segi bahasa, ia bermaksud menganggap baik.[1][2] Ulama Islam dapat menggunanya untuk nyatakan pendapat mereka dalam sesebuah masalah mengikut budi bicaranya. Ia salah satu daripada prinsip penting ijtihad dalam usul al-fikah dan bertujuan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam.[3]

Ulama-ulama dahulu sentiasa berdebat dengan para ulama mazhab Hanafi yang menggunakan istihsan sebagai sumber fikah kedua. Penyokong Islam liberal pada zaman moden kadangkala mempergunakan istihsan dan istislah (bermaksud "dianggap bermanfaat") sebagai prinsip beretika untuk menyokong tafsiran Qur'an and Sunnah yang membelahi pihak feminis dan reformis, yang ingin memperbaharui syariat Islam.

  1. ^ a b Siti Asmah Kasmo (2018) Kamus Pendidikan Islam KSSM. Shah Alam: Oxford Fajar. ISBN 9789834725525. h. 36.
  2. ^ اِسْتِحْسَان. Dari Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab/Bahasa Arab-Bahasa Melayu [Edisi ke-3]. Terbitan Oxford Fajar (2015).
  3. ^ Nur Khalilah. (t.t.) Konsep Istihsan sebagai Metode Pengambilan Hukum di Kalangan Imam Mazhab. Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi.

Previous Page Next Page






استحسان Arabic İstihsan AZ Истихсан BA Istihsan English استحسان FA Istihsan French Իսթիհսան HY Istihsan ID Istihsan Italian Истихсан KK

Responsive image

Responsive image