|
Cari J atau J dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
J ialah huruf kesepuluh dalam abjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf sepanjang sejarah pembangunan abjad tersebut.
Ia melambangkan bunyi konsonan letusan lelangit-gusi bersuara /dʒ/ diaturkan dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihak Malaysia dan Indonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972. Sebelum itu, huruf ini digunakan dalam sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia melambangkan malaran tak geser lelangit /j/ yang digantikan seragam menggunakan huruf Y.[1] Penutur di Malaysia cenderung menyebut huruf ini sebagai jei mengikut bahasa Inggeris (disebut /dʒeɪ/)[2][3] manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai "je"[4] (jé, /dʒe/).
- ^ Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
- ^ "J", Oxford English Dictionary, 2nd edition (1989)
- ^ "J" and "jay", Merriam-Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged (1993)
- ^ "je". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.