![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Jacques Cartier (31 Disember 1491 – 1 September 1557), dibaptiskan Jakez Karter) merupakan penjelajah yang dianggap sebagai penemu utama untuk Kanada. Pada tahun 2005, karyanya Bref récit et succincte narration de la navigation faite en MDXXXV et MDXXXVI telah digelarkan sebagai buku yang paling mustahak dalam sejarah Kanada oleh "Ulasan Sastera Kanada" (Literary Review of Canada).
Cartier dilahirkan di Saint-Malo, sebuah perkampungan desa yang kecil di duchy Brittany yang kemudiannya digabungkan ke dalam Perancis pada tahun 1532. Berasal daripada sebuah keluarga pelaut yang bereputasi baik, beliau membaiki lagi taraf sosialnya pada tahun 1520 melalui perkahwinannya dengan Catherine des Granches, seorang daripada keluarga pemilik kapal yang utama. Nama baiknya di Saint-Malo dapat diperlihatkan daripada namanya yang kerap termuncul sebagai ayah pembaptisan atau saksi dalam daftar pembaptisan.