Jaguar | |
---|---|
Jaguar jantan | |
Jaguar betina di Brazil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. onca
|
Nama binomial | |
Panthera onca Linnaeus, 1758
| |
Taburan Jaguar. |
Jaguar (nama saintifik: Panthera onca)[2] ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, ia satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Kawasan Taburan jaguar meliputi dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Hampir semua populasi spesies jaguar telah pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an melainkan di tenggara Tucson, sebahagian negeri Arizona.
Jaguar spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan pembahagian habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Ia wujud begitu lama dalam sejarah. Oleh itu, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam kepercayaan orang peribumi benua Amerika, termasuk tamadun-tamadun Maya dan Aztek.
|errata=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: |doi= / |page= mismatch (help)