Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Jalaluddin Hassan


Jalaluddin Hassan
DPTJ (Negeri Sembilan)
Dato' Jalaluddin pada 2012.
Kelahiran
Jalaluddin bin Hassan

(1954-02-18) 18 Februari 1954 (umur 70)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1984–kini
Pasangan
  • Hashimah Aksan (k. 1977; m. 2016)
  • Ridani Ghani (k. 1997; c. 1997)
  • Datin Rapidah Abdul Ghani (k. 2017)
Anak-anak8
IbuPuan Sri Datin Sahara Abdul Samad
BapaTan Sri Dato' Haji Hassan Azhari
Saudara

Dato' Jalaluddin bin Tan Sri Dato' Haji Hassan (lahir 18 Februari 1954) merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J) yang membawa gelaran "Dato'" oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman sempena hari keputeraan baginda.[1]

Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Jejak Perantau, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 melalui drama Tarantula dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara - (Seni Teater-Pelakon).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

  1. ^ Ben Yuen Hui, Ng Si Hooi dan R. Aravinthan (4 Oktober 2016). "Jalaluddin still going strong 20 years on". The Star (Malaysia). Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2016). "Restu, nasihat keluarga jadi azimat Datuk Jalauddin". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.

Previous Page Next Page






چالالودين هاسان ARZ Jalaluddin Hassan English جلال‌الدین حسن (بازیگر) FA Jalaluddin Hassan ID Джалалуддин Хассан Russian

Responsive image

Responsive image