Jambatan Golden Gate | |
---|---|
The Golden Gate Bridge | |
Maklumat umum | |
Etimologi | Golden Gate |
Membawa | 6 lorong of Ralat Lua pada baris 204 di Modul:Jct: attempt to concatenate local 'link' (a boolean value)., pejalan kaki dan basikal |
Dimiliki oleh | Golden Gate Bridge, Highway and Transportation District (en) |
Diselenggarakan oleh | Golden Gate Bridge, Highway and Transportation District[1] |
Status warisan | California Historical Landmark (en) Mercu Tanda Kejuruteraan Awam Bersejarah |
Nombor ID | CA27 0052 |
Tapak sesawang | https://www.goldengate.org/bridge/ |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Gantung, gerbang kekuda & tambak kekuda |
Bahan | Keluli |
Panjang keseluruhan () | 8,981 kaki (2,737 m)[2] |
Lebar () | 90 kaki (27 m) |
Tinggi () | 746 kaki (227 m) |
Rentangan terpanjang | 4,200 kaki (1,280 m)[3] |
Bilangan rentangan | 3 |
Kelegaan atas () | 14 kaki (4.3 m) di pintu tol, trak mungkin lebih tinggi |
Kelegaan bawah () | 220 kaki (67 m) pada purata air pasang |
Sejarah | |
Arkitek | Joseph Strauss (en) |
Pereka bentuk | Joseph Strauss (en) |
Mula dibina pada | 27 Mei 1937 |
Dibuka pada | 27 Mei 1937 |
Dirasmikan | 28 Mei 1937 |
Perangkaan | |
Lalu lintas harian | 118,000[4] |
Tol | AS$6.00 (menghala ke selatan) (AS$5.00 dengan FasTrak) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | San Francisco, California dan Marin County, California |
Negara | Amerika Syarikat |
Menyeberangi | Golden Gate |
Hulu sungai berikutnya | Richmond–San Rafael Bridge (en) |
37°49′11″N 122°28′43″W / 37.81972°N 122.47861°WKoordinat: 37°49′11″N 122°28′43″W / 37.81972°N 122.47861°W | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merentangi Golden Gate, satu bukaan di Teluk San Francisco terus ke Lautan Pasifik. Sebagai sebahagian daripada U.S. Route 101 dan State Route 1, jambatan ini menghubungkan kota San Francisco di hujung utara Semenanjung San Francisco ke Kaunti Marin. Jambatan Golden Gate jambatan gantung terpanjang di dunia semasa ia siap dibina pada tahun 1937, dan menjadi simbol kebanggaan di San Francisco dan California. Sejak siap dibina, panjang rentangnya telah dipintas oleh lapan lagi jambatan gantung. Ia masih lagi menjadi jambatan gantung kedua terpanjang di Amerika Syarikat, selepas Jambatan Verrazano-Narrows di Kota New York. Pada tahun 2007, ia berada pada kedudukan kelima di dalam Senarai senibina pilihan Amerika yang diterbitkan oleh Institut Senibina Amerika.