(Kapten) James Cook | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 14 Februari 1779 | (umur 50)
Warganegara | British |
Pendidikan | Postgate School, Great Ayton |
Pekerjaan | Penjelajah, ahli pelayaran, ahli kartografi |
Pangkat | Kapten |
Pasangan | Elizabeth Batts |
Anak-anak | James Cook, Nathaniel Cook, Elizabeth Cook, Joseph Cook, George Cook, Hugh Cook |
Ibu bapa | James Cook, Grace Pace |
Kapten James Cook (27 Oktober 1728 (T.J.) – 14 Februari 1779) adalah penjelajah, ahli pelayaran dan ahli kartografi Inggeris. Beliau melakukan tiga pelayaran ke Lautan Pasifik, sambil memetakan banyak kawasan dan merekod beberapa pulau dan pantai dalam peta Eropah untuk kali pertama. Beliau terkenal sebagai orang Inggeris yang menemui pantai timur Australia, Pulau Hawaii dan orang pertama memetakan Newfoundland dan New Zealand.
Semasa hidupnya, Cook belayar sebanyak dua kali mengelilingi dunia. Beliau merentasi Bulatan Antartika dan menemui pulau-pulau baru dan landskap di Amerika Utara dan Pasifik Selatan. Semasa perjalanannya, beliau menghabiskan banyak masa melakukan eksperimen sains dan memeta kawasan baru. Beliau juga menulis buku tentang apa yang ditemuinya. Cook meninggal dunia di Hawaii dalam satu pertempuran dengan penduduk asal Hawaii atas percubaan menculik raja mereka semasa pelayaran penjelajahan ketiganya di Pasifik pada 1779.