Kerangka | |
---|---|
Kependekan | ICRC |
Cogan kata | Neutrality, Independence, Impartiality, Humanity, Universality, Unity, Voluntary Service |
Jenis/bentuk sah | Private humanitarian organization |
Tujuan | Protecting victims of conflicts |
Bidang | Humanitarianism |
Anggota bagi | Memoriav (2020), DLM Forum |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Perancis |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 17 Februari 1863 |
Pengasas | Jean Henry Dunant, Guillaume Henri Dufour, Gustave Moynier, Louis Appia, Théodore Maunoir |
Pengurusan | |
Pengerusi | Mirjana Spoljaric Egger |
President | Peter Maurer |
Vice president | Christine Beerli |
Director-General | Yves Daccord |
Pertubuhan induk | Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa |
Gabungan | Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa |
Perangkaan | |
Belanjawan | CHF 1110.2 million (2012)[1] 180.7 m for headquarters 929.4 m for field operations |
Kakitangan/pekerja | 14,500 (average number of ICRC staff in 2015)[2] |
Anugerah | |
Hadiah Keamanan Nobel (1917), Hadiah Keamanan Nobel (1944), Hadiah Keamanan Nobel (1963), United Nations Prize in the Field of Human Rights (1978), Balzan Prize (1996), Honorary Member of the Order of Merit (Portugal) (1983) | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Geneva, Switzerland |
Lokasi |
|
Koordinat | 46°13′39″N 6°08′14″E / 46.2274°N 6.1373°EKoordinat: 46°13′39″N 6°08′14″E / 46.2274°N 6.1373°E |
Kawasan perkhidmatan | Worldwide |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) ialah institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di Geneva, Switzerland. Negara-negara yang menandatangani keempat-empat Konvensyen Geneva tahun 1949 dan juga Protokol-protokol Tambahan tahun 1977 dan 2005, memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta konflik dalam negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang. [3]
ICRC ialah sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa [4] bersama dengan Persekutuan Antarabangsa dan 186 Persatuan Kebangsaan. [5] Ia pertubuhan yang tertua dan paling dihormati dalam Pergerakan tersebut dan juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia, setelah memenangi tiga Hadiah Keamanan Nobel, pada tahun 1917, 1944 dan 1963.[6]