Tentera Darat Imperial Jepun (TDIJ) dan Tentera Laut Imperial Jepun (TLIJ) bertanggungjawab atas pelbagai jenayah perang yang menyebabkan berjuta-juta kematian. Jenayah perangnya merangkumi perhambaan seksual dan pembunuhan beramai-ramai kepada uji kaji manusia, kebuluran, dan buruh paksa, semuanya sama ada dilakukan secara langsung atau dibenarkan berlaku oleh tentera dan kerajaan Jepun.[7][8][9][10][11] Bukti-bukti jenayah ini, antaranya keterangan lisan dan rekod bertulis seperti diari dan jurnal perang, telah diberikan oleh veteran-veteran Jepun.[12]
Pemimpin-pemimpin politik dan tentera Jepun sedar akan jenayah tenteranya namun membiarkannya berterusan malah menyokongnya, dengan majoriti tentera Jepun ditugaskan di Asia mengambil bahagian dalamnya ataupun menyokong pembunuhan yang berlaku.[13]
Sejak 1950-an, banyak permohonan maaf atas jenayah perang telah dikeluarkan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Jepun; namun, permohonan maaf yang dikeluarkan telah dikritik bersifat tidak ikhlas. Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengakui peranan negara Jepun yang telah mengakibatkan "kerosakan dan penderitaan yang dahsyat" sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, khususnya pembunuhan beramai-ramai di Nanjing oleh TDIJ.[16] Walau bagaimanapun isu ini tetap dipenuhi kontroversi, dengan sesetengah anggota kerajaan Jepun, termasuk mantan-mantan perdana menteri Junichiro Koizumi dan Shinzō Abe menziarahi Kuil Yasukuni, tempat peringatan bagi semua orang Jepun yang mati dalam perang, termasuklah penjenayah-penjenayah perang Kelas A yang sudah disabitkan kesalahan. Tambahan pula, sesetengah buku teks sejarah Jepun hanya menyebut tentang jenayah perang sepintas lalu sahaja,[17] dan beberapa anggota Parti Demokratik Liberal Jepun telah menafikan kezaliman yang telah berlaku, seperti penglibatan kerajaan dalam menculik wanita untuk dijadikan "wanita penghibur", iaitu kata halus untuk hamba seks.[18][19]
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 23, 54, 190–191, 289. ISBN9781637586884.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 190–191, 276, 312. ISBN9781637586884.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 282, 294. ISBN9781637586884.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 93. ISBN9781637586884.
^"Japanese War Crimes". The National Archives (U.S.). 15 August 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2011. Dicapai pada 19 October 2023.
^"Bibliography: War Crimes". Sigur Center for Asian Studies, George Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2019. Dicapai pada 21 April 2010.
^Gruhl, Werner (2007). Imperial Japan's World War Two: 1931–1945. Transaction Publishers. m/s. 85. ISBN978-0-7658-0352-8.
^Drea, Edward (2006). Researching Japanese War Crimes(PDF). National Archives and Records Administration for the Nazi Warcrimes and Japanese Imperial Government Records Interagency Working Group. m/s. 28. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 19 October 2023.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 266. ISBN9781637586884.