Jeneral Ketumbukan General armii | |||||
| |||||
Negara | Rusia | ||||
Cabang perkhidmatan | Angkatan Tentera Rusia | ||||
Pangkat | Pangkat empat bintang | ||||
Diperkenalkan | 1940 | ||||
Persamaan NATO |
OF-9 | ||||
Pangkat tinggi seterusnya | Marsyal Persekutuan Rusia | ||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||
Persamaan pangkat | Laksamana Armada |
Jeneral Ketumbukan (Rusia: генерал армии, general armii ) adalah pangkat tentera kedua tertinggi dalam Persekutuan Rusia, hanya berada dibawah Marsyal Persekutuan Rusia dan berada diatas Kolonel Jeneral. Ia adalah rakan sepangkat dengan "Jeneral Ketumbukan" Soviet.
Pada masa ini ia juga merupakan pangkat tertinggi dalam tentera udara, artileri, pasukan pertahanan angkasa lepas, pasukan armor, pasukan jurutera dan pasukan semboyan. Tidak seperti Soviet Union dimana para pegawai yang berpangkat sama dipanggil marsyal dan ketua marsyal pasukan cawangan. Pangkat tentera laut yang sepadan ialah laksamana armada.
Pada hari pelantikkan sebagai Menteri Pertahanan pada 7 Mei 1992, Pavel Grachev merupakan pegawai pertama yang dinaikkan ke pangkat ini.