Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah.[1] Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sehingga Disember 2023, sejumlah 45[2] sistem kumpulan darah manusia telah diiktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT). Dua sistem kumpulan darah yang paling penting ialah ABO dan Rh; ia menentukan jenis darah seseorang (A, B, AB, dan O, dengan + atau - bagi menunjukkan status RhD) untuk kesesuaian dalam pemindahan darah.
Ramai wanita hamil mengandung janin yang berlainan jenis darahnya, dan badan si ibu boleh menghasilkan antibodi sebagai perlindungan dari SDM janin. Adakalanya, antibodi keibuan ini merupakan IgG, sejenis imunoglobulin kecil yang boleh merentasi uri lalu menyebabkan hemolisis SDM janin yang boleh membawa kepada penyakit hemolisis bayi baru lahir, iaitu penyakit kiraan sel darah rendah yang boleh menjadi ringan atau parah.[3]
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|isbn=
value: checksum (bantuan). Unknown parameter |coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)