Jesus Kristus | |
---|---|
![]() "Figure of Christ" lukisan Yesus Kristus, yang dicipta oleh pelukis Jerman Heinrich Hofmann pada tahun 1880-an. | |
Kelahiran | 25 Disember (masih diragui) kira-kira 4 atau 6 sebelum masihi |
Hilang pada | antara tahun ke-30 ke 33 Masihi Taman Gethsemane, Jerusalem |
Meninggal dunia | 30-33M Yerusalem, Empayar Rom (Sekarang Bumi Palestin) |
Sebab kematian | Penyaliban |
Nama lain | Yeshua Ha-Mashiach, Yasu' Al-Masih |
Kampung asal | Nazaret, Galilea[2] |
Ibu bapa |
Jesus[3] atau dieja Yesus[4][b] (Yunani: Ἰησοῦς , Iesous; s. 4 SM sampai 30–33 M; Arab: يسوع ; Ibrani: יֵשׁוּעַ ) (kira-kira 4SM - 30/33TM), juga dirujuk sebagai Jesus dari Nazaret atau Jesus Kristus (Yesus Kristus[5])[4][c] merupakan seorang pendakwah untuk kaum Yahudi.[6] Baginda merupakan tokoh utama agama Kristian, agama terbesar di dunia dan juga dihormati oleh agama kedua di dunia iaitu Islam. Kebanyakan orang Kristian percaya baginda ialah jelmaan Tuhan Anak dan Mesias yang dinantikan (Kristus) sebagaimana yang diramalkan dalam Perjanjian Lama.[7][8] Manakala masyarakat Islam pula menganggap baginda sebagai utusan tuhan (Nabi) yang diwahyukan oleh Allah kepada kaum Yahudi.
Kewujudan watak bernama Yesus dipersetujui hampir kesemua cendekiawan sejarah manusia. Sejarah dan penceritaan kehidupan Yesus terkandung dalam buku-buku injil, terutamanya empat buah Injil menurut kanun gereja dalam Perjanjian Baru kitab suci Kristian, iaitu Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Cendekiawan dalam bidang-bidang kajian alkitab dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilea yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh Yohanes Pembaptis (John the Baptist), dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilatus disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. [9] Namun, masih ada sebilangan kecil cendekiawan yang mempersoalkan kewujudan Yesus dalam sejarah. [10]
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Jesus adalah Mesias atau Kristus yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas disalibkan. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan pendamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa insani. Kebanyakan orang Kristian mendukung kepercayaan Tritunggal dan mempercayai bahawa Yesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang tidak mempercayai Tritunggal memegang pelbagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Jesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran dari Perawan, Kenaikan ke Syurga, dan Kedatangan Kedua kali pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Jesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Alkitab.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan