Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


John Stuart Mill

John Stuart Mill
Essays on economics and society, 1967

John Stuart Mill ialah salah seorang ahli falsafah & pegawai awam yang berasal dari Britain.[1] Beliau juga dikenali sebagai reformator yang memperjuangkan unsur utilitarianisme sosial.[1] Ayahnya, James Mill, ialah seorang ahli sejarawan dan akademik.[1] Beliau John Mill mempelajari psikologi, yang merupakan inti kepada ilmu falsafah Mill, yang diambil dari ayahnya.[1] Sejak kecil, beliau mempelajari bahasa Yunani dan bahasa Latin.[1] Pada usia 20 tahun, beliau pergi ke Perancis untuk mempelajari ilmu bahasa, kimia, dan Matematik.[1] Mill lahir pada tahun 1806 dan meninggal dunia pada tahun 1973.[1]

Menurut Mill, psikologi adalah suatu asas ilmu pengetahuan yang membentuk ilmu falsafah.[2] Di sini, pandangannya berbeza dengan Comte.[2] Tugas psikologi adalah menyelidiki apa yang disajikan oleh kesedaran, ertinya sistem pancaindera manusia dan hubungan-hubungannya.[2] Mill berpendapat bahawa satu-satunya sumber bagi segala pengenalan adalah pengalaman.[2] Oleh kerana itu, induksi menjadi jalan kepada pengenalan.[2]

Di dalam etika, Mill melihat hubungan timbal-balik antara manusia secara peribadi dengan masyarakat atas dasar prinsip utilitarianisme.[2] Dengan demikian, tindakan yang dilakukan oleh manusia bertujuan membawa kepada kepuasan bagi dirinya sendiri secara psikologi, bukan orang lain atau nilai-nilainya.[2]

  1. ^ a b c d e f g (Inggeris)Fred Wilson. 1999. "Mill, John Stuart". In The Cambridge Dictionary of Philosophy. Robert Audi, ed. 568-571. London: Cambridge University Press.
  2. ^ a b c d e f g Harun Hadiwijono. 1983. Sari Sejarah Filsafat Barat 2. Yogyakarta: Kanisius. Hal. 114.

Previous Page Next Page