Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Johor Bahru Sentral

Johor Bahru Sentral
Stesen KTM Antarabandar
LokasiGerbang Selatan Bersepadu, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
LaluanKTM Antarabandar
KTM Komuter (dalam pembinaan)
RapidJB
(tentative name) (future)
Platform2 platform tepi and 2 platform pulau
(segmented as six side platforms)
Trek6
Pembinaan
Templat letak kenderaanDisediakan
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Dibuka21 Oct 2010
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Antarabandar   Stesen berikutnya
(after 1 halt)
Laluan Utara-Selatan
Stesen terakhir
Lokasi
Map

Johor Bahru Sentral ataupun secara ringkasnya JB Sentral merupakan sentral ibu kota kedua dan stesen keretapi KTM Antarabandar yang moden yang menempatkan stesen kereta api utama Johor Bahru, Malaysia iaitu ibu negeri Johor. Stesen ini juga merupakan stesen paling selatan di Malaysia. Ia dibuka pada 2010 bagi menggantikan Stesen Keretapi Johor Bahru yang lama (sekarang dijadikan Muzium KTM) iaitu terletak 200 m selatan stesen ini. Stesen ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada tahun 2010 yang telah dijadikan mercu tanda bandaraya Johor Bahru.

JB Sentral juga merupakan hab pengangkutan utama bagi sekitar metropolitan Johor Bahru sebelum Penang Sentral dibina. Ia juga dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar bandar Kota Tinggi (40 km ke pusat bandar) dan sekitar bandar Pontian Kechil (45 km ke pusat bandar). Pengangkutan yang terdapat di JB Sentral adalah kereta api, bas dan teksi. Wilayah Pembangunan Iskandar juga ingin menjadikan stesen utama bagi LRT (transit aliran ringan), komuter (Komuter Selatan), monorel (Monorel Johor Bahru) dan MRT (Mass Rapid Transit).

Stesen ini memberi perkhidmatan KTM Antarabandar yang menghubungkan Hat Yai di utara dan Singapura di selatan melalui stesen-stesen utama di Malaysia seperti Padang Besar, Alor Setar, Butterworth, Ipoh, KL Sentral, Seremban, Gemas dan JB Sentral.


Previous Page Next Page