Nama asli | АО Концерн Калашников |
---|---|
Dinamakan sempena | Mikhail Timofeyevich Kalashnikov |
Jenis/bentuk sah | Kumpulan syarikat (Concern) Syarikat saham bersama |
Industri | Industri senjata api Industri dron dan robot ketenteraan |
Pendahulu | Izhmash Izhmekh[1] |
Ditubuhkan | 10 June 1807 |
Pengasas | Alexander I |
Ibu pejabat | Moscow, Russia |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh Dunia |
Tokoh penting | Vladimir Lepin (KPE) Mikhail Kalashnikov |
Keluaran | Senjata api Senjata tajam Kenderaan Kenderaan tanpa pemandu Dron ketenteraan Stesen senjata pengawal jauh |
Hasil | 18,342,315,000 Rubel Rusia (2016) |
Pendapatan kendalian | 4,121,654,000 Rubel Rusia (2016) |
Pendapatan bersih | −7,370,000 Rubel Rusia (2016) |
Jumlah aset | 22,500,181,000 Rubel Rusia (2016) |
Jumlah ekuiti | 4,215,119,000 Rubel Rusia (2016) |
Pemilik | Rostec (26%) pelabur swasta (74%)[2][3] |
Bilangan kakitangan | 5,930 (2015) |
Syarikat induk | Rostec |
Pembahagian | Kalashnikov Baikal Izhmash |
Anak syarikat | Izhmash JSC Baikal JSC JSC "Mytishchi Machine Building Plant" JSC "Vympel Shipbuilding Plant" LLC "Rybinsk Shipyard" ZALA Aero Group |
Tapak web | en.kalashnikovgroup.ru |
sunting · sunting di Wikidata |
JSC Kalashnikov Concern (Bahasa Rusia: Конце́рн Кала́шников , tr. Kontsérn Kaláshnikov,IPA: [kɐnˈt͡sɛrn kɐˈɫaʂnʲɪkəf] Kontsern Kaláshnikov), dikenali sehingga 2013 sebagai Loji Pembinaan Enjin Izhevsk (Bahasa Rusia: Иже́вский машинострои́тельный Заво́д (ИЖМАШ) , tr. Izhévsky mashinostroítelny Zavod (IZhMASh) Izhévsky mashinostroítelny Zavod (IZhMASh).[4][5] ialah syarikat perkilangan industri senjata api Rusia dan syarikat saham bersama yang beribu pejabat di bandar Izhevsk di Republik Udmurtia serta ibu negara Moscow. Syarikat mereka mengilangkan pelbagai jenis senjata bagi sivil dan tentera yaitu: raifal gempur, raifal penembak tepat, mesingan, senapang berburu, senapang patah, peluru artileri berpandu dan pelbagai jenis senjata ketepatan lain termasuk Stesen senjata pengawal jauh, kenderaan tanpa pemandu dan dron tentera.[6][7][8] Syatikat ini mengilang sebanyak 95% daripada semua senjata api di Rusia dan membekalkan kepada lebih daripada 27 negara di seluruh dunia. Kalashnikov Concern ialah raja pasaran pengeluar senjata api di Russia. Produk terkenal mereka ialah siri senapang serbu Kalashnikov (AK), siri mesingan ringan RPK, senapang tepat separa automatik Dragunov SVD, karabin separa automatik SKS, pistol Makarov PM, senapang patah Saiga-12 dan senapang mesin ringan. Vityaz-SN dan PP-19 Bizon. Senjata api ini, kecuali SVD, SKS dan PM, ialah mengikut lakaran siri AK, ada kebolehpercayaannya dari siri itu bagi menahan keadaan yang teruk, kos pengeluaran yang rendah, ketahanan di hampir setiap padang geografi dan memudahkan penjagaan senjata oleh pengguna.[8][9]
Sehingga 2018, 26% daripada saham Concern ialah milik Rostec, manakala 74% daripada syarikat itu adalah milik pelabur swasta (Alexey Krivoruchko dan Andrei Bokarev).[10] Concern Kalashnikov mempunyai tiga ranting utama dalam syarikatnya: "Kalashnikov" (senjata tempur dan sivil), "Baikal" (senjata berburu dan sivil), dan "Izhmash" (senjata penyokong tempur dan sukan).[11]
<ref>
tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza