Kanowit كانوويت | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Penduduk (2002) | |
• Jumlah | 28,600 |
Nombor plat | QS |
Laman sesawang | www |
Kanowit ialah sebuah pekan yang terletak di daerah Kanowit, Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Pekan ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Kanowit. Pekan ini dapat dihubungkan dengan menggunakan laluan air dan laluan darat dari Sibu menghala ke bahagian Kapit dan daerah Julau. Perjalanan dari Sibu ke Kanowit mengambil masa 1 jam perjalanan. Kedudukan Kanowit amat strategik kerana menjadi tempat persinggahan sementara bagi pengguna laluan air sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman Sarawak.