Kapal pengangkut pesawat super adalah merupakan satu istilah tidak rasmi untuk sebuah kapal pengangkut pesawat terbesar, biasanya memiliki sesaran melebihi 70,000 tan panjang.[1] Beberapa buah negara menggunakan kapal pengangkut kelas sederhana iaitu seberat 40,000 tan (seperti Charles de Gaulle). Kapal pengangkut ringan yang memiliki berat sehingga 20,000 tan (seperti HMS Illustrious) lebih banyak digunakan. Kapal pengangkut super adalah kapal perang terbesar.