Kapal tentera laut adalah sebuah kapal (kadang kala dipanggil bot, bergantung kepada pengelasan) digunakan untuk tujuan pertempuran, biasanya oleh tentera laut. Kapal-kapal tentera laut dibezakan dibezakan daripda kapal-kapal awam dengan ciri-ciri pembinaan dan tujuan. Secara umumnya, kapal-kapal tentera laut boleh bertahan daripada rosak dan dipersenjatai dengan pelbagai sistem persenjataan.
Istilah "kapal perang" biasanya digunakan bagi mengenal pasti sub-kelas kapal-kapal tentera laut dan direka dengan tujuan utamanya sebagai penempur, berlainan dengan menyokong atau operasi-operasi limbungan.