Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kapten (bola sepak)


Kapten (کڤتن) pasukan bagi sebuah pasukan bola sepak, kadangkala dikenali sebagai skipper ialah ahli pasukan yang dipilih sebagai ketua atau pemimpin dalam padang sebuah perlawanan. Ia merujuk kepada seseorang yang berkebolehan atau berpengalaman daripada ahli-ahli pasukan lain, atau seorang pemain yang boleh mempengaruhi permainan. Ketua pasukan pada kebiasaannya dikenal pasti dengan memakai sebuah lilitan lengan.[1] Ahli pasukan yang mempunyai tanggung jawab menyokong kapten dan maju ketika dia keluar dari padang semasa perlawanan kerana satu sebab disebut Naib Kapten (ناءيب کڤتن).

Francesco Totti, Kapten pasukan A.S. Roma sedang menjulang Coppa Italia musim 2007-08 bersama rakan-rakan kerjanya
Sadio Mané sebagai naib kapten Al Nassr FC semasa perlawanan menentang Persepolis pada tarikh 20 September 2023 di Stadium Azadi
  1. ^ "Captain". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 17 December 2016.

Previous Page Next Page