Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kapur barus (pokok)

Kapur barus
Sudur D. aromatica di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kuala Lumpur mempamerkan keseganan silara
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Dryobalanops
Spesies:
D. aromatica
Nama binomial
Dryobalanops aromatica
Gaertn.f., nom cons.[2]
Sinonim
  • Dipterocarpus dryobalanops Steud.
  • Dipterocarpus teres Steud.
  • Dryobalanops camphora Colebr.
  • Dryobalanops junghuhnii Becc.
  • Dryobalanops sumatrensis (J.F.Gmel.) Kosterm.
  • Dryobalanops vriesii Becc
  • Pterigium teres Corrêa
  • Shorea camphorifera Roxb.

Kapur barus (atau hanya kapur; nama saintifik: Dryobalanops aromatica)[3][4] ialah tumbuhan yang terancam genting dalam keluarga Dipterocarpaceae. Spesies ini salah satu sumber penting kapur barus dan menjadi tarikan awal pedagang Arab datang ke Borneo lantaran nilainya pada ketika itu melebihi emas, dan dapat dijadikan setanggi dan minyak wangi.[2]

Ia ditemukan di Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia ialah pokok timbul besar yang melebihi 65 m[2] bahkan 75 m tinggi, yang dijumpai di hutan dipterokarpa campuran di tanah berpasir kuning dalam yang lembap. Ia ialah kayu keras berat yang dijual atas nama dagang "Kapur". Ia dicatatkan di sekurang-kurangnya di dua kawasan terlindung iaitu Taman Negara Lambir and Gunung Mulu.

Bergenin, malaysianol A, laevifonol, ampelopsin E, α-viniferin, ε-viniferin dan diptoindonesin A dapat diasingkan daripada kulit batang D. aromatica.[5] Dryobalanops aromatica ialah satu daripada beberapa spesies pokok yang terkenal memaparkan kelakuan yang dipanggil keseganan silara.

  1. ^ Barstow, M.; Randi, A. (2018). "Dryobalanops aromatica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T61998024A173026192. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T61998024A173026192.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ashton
  3. ^ "kapur II". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "Dryobalanops aromatica CF Gaertn". Malaysia Biodiversity Information System. Dicapai pada 2022-04-17.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DOI

Previous Page Next Page