Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Karl-Heinz Rummenigge | ||
Tarikh lahir | 25 September 1955 | ||
Tempat lahir | Lippstadt, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bayern Munich (Pengerusi) | ||
Kerjaya remaja | |||
1963–1974 | Borussia Lippstadt | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1974–1984 | Bayern Munich | 310 | (162) |
1984–1987 | Inter Milan | 64 | (24) |
1987–1989 | Servette | 50 | (34) |
Jumlah | 424 | (220) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1975 | Jerman B | 1 | (0) |
1976–1986 | Jerman Barat | 95 | (45) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Karl-Heinz "Kalle" Rummenigge (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkaʁlˈhaɪ̯nt͡s ˈkalə ˈʁʊmənɪɡə]; lahir 25 September 1955) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi penyerang.
Beliau menikmati banyak kejayaan ketika di Bayern Munich apabila beliau meraih Piala Antara Benua, Piala Eropah serta dua gelaran liga dan dua piala domestik.
Sebagai pemain pasukan kebangsaan Jerman Barat, Rummenigge memenangi Kejohanan Eropah 1980 dan sebahagian daripada skuad kebangsaan yang mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1982 dan Piala Dunia 1986. Beliau dinobatkan Pemain Terbaik Eropah sebanyak dua kali.
Beliau kini menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) bagi FC Bayern München AG, sebuah cabang syarikat daripada pasukan Bundesliga, Bayern Munich selain turut menjawat sebagai Pengerusi Persatuan Kelab Eropah. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé ke dalam senarai FIFA 100.