Kashrut (bahasa Ibrani: כַּשְׁרוּת kašrût) atau Kosher dalam bahasa Inggeris bermaksud makanan "suci" atau "sesuai". Sesuatu makanan tersebut akan dikira sebagai suci jika penyediaannya adalah mengikut cara-cara yang diajarkan di dalam kitab Taurat, jika tidak disediakan mengikuti syarat-syarat tersebut, makanan tersebut haram dimakan dan dilarang dimakan. Daripada segi teorinya, Konsep Kosher ini lebih kurang sama dengan konsep "Halal" yang diguna pakai oleh orang-orang Islam namun dari segi praktikalnya ia amat berbeza sama sekali.
Makanan yang tidak sesuai dengan hukum Yahudi diistilahkan treifah atau treif (טְרֵפָה ṭərēp̄āh) ("terkoyak"); istilah ini asalnya merujuk kepada binatang (dari spesies yang kosher, misalnya lembu atau biri-biri) yang disembelih dengan cara yang silap atau dilukai hingga mati oleh binatang buas dan kerana itu tidak layak dimakan manusia. Di antara orang-orang Sefardi, istilah ini biasanya hanya merujuk pada daging yang tidak kosher.
Hukum dasar kosher ditemukan dalam Kitab Imamat di dalam Taurat, yang diuraikan secara terperinci dengan lisan (Mishnah dan Talmud) dan dikanunkan oleh Shulkhan Arukh dan kemudian oleh pimpinan rabai. Ada banyak sekali alasan yang dikemukakan untuk hukum-hukum ini, yang menganjur dari falsafah dan ritual hinggalah praktikal dan kebersihan; lihat bawah untuk contoh dan penjelasannya.
Sebahagian turutan rencana mengenai |
Orang Yahudi dan Agama Yahudi |
---|
Siapakah seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya |