Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Katedral Notre-Dame

Bahagian hadapan Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris, Perancis. (Gambar bertarikh tahun 2013)

Katedral Notre Dame Paris (bahasa Perancis: Notre-Dame de Paris) ialah sebuah katedral Katolik zaman pertengahan di Île de la Cité di arrondissement (daerah) ke-4, Paris, Perancis. Katedral ini ditahbiskan kepada Maria si Perawan, seorang tokoh utama dalam agama Kristian dan dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Goth di negara tersebut. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1163 di bawah kepimpinan Bishop Maurice de Sully menjangkau lebih dua abad sebelum ia selesai pada pertengahan abad keempat belas. Selepas Revolusi Perancis, katedral ini dipulihkan arahan arkitek Viollet-le-Duc antara 1844 dan 1864 di mana projek tersebut yang menggabungkan unsur-unsur dan motif baru; projek ini sangat kontroversi kerana gaya binaan yang diberikan kepada katedral ini semasa pemuliharaan semulanya tidak sama sekali seragam lalu mempunyai ciri-ciri kedua-dua seni bina jenis Goth awal dan Goth Perancis yang jauh berbeza.

Bangunan ini sangat dikaitkan kuat dengan kota Paris. Ia banyak menyaksikan beberapa kejadian penting dalam sejarah negara Perancis itu sendiri: ia menjadi tempat menyambut relik-relik suci agama Kristian - terutamanya barang yang dikatakan sisa mahkota berduri dipakai Yesus ketika penyaliban beliau - pada tahun 1239 dalam Zaman Pertengahan, tempat pertabalan Napoleon sebagai Maharaja Perancis pada tahun 1804, pembaptisan Henri d'Artois sebagai raja Perancis cabang Legitimis pada tahun 1821 serta pengebumian beberapa presiden Republik Perancis (Adolphe Thiers, Sadi Carnot, Paul Doumer, Charles de Gaulle, Georges Pompidou, François Mitterrand). Ia juga tempat menyaksikan pembebasan Paris daripada rejim Vichy semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1944. Ulang tahun ke-850 pembinaannya diraikan pada tahun 2013.


Previous Page Next Page