Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Nee Soon

Nee Soon
  • Cina:义顺集选区/Yìshùn Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Nee Soon Group Representation Constituency
    Tamil:நீ சூன் குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Nīsūṉ Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahUtara Singapura
Pengundi147,047
Kawasan undi semasa
Dibentuk2011 (2011)
Kerusi5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandarNee Soon
Ditubuhkan dari

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Nee Soon ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dengan lima Anggota Parlimen (AP) di sebelah utara Singapura. GRC ini merangkumi hampir kesemua bahagian di Yishun, perumahan private sepanjang Jalan Sembawang dan Jalan Upper Thomson, sebelah selatan Sembawang, dan sebahagian besar bahagian Kebun Baru di kawasan Ang Mo Kio.

Kawasan ini dibentuk menjelang pilihan raya umum Singapura 2011, menyerap SMC Nee Soon Central dan SMC Nee Soon Timur, bahagian Nee Soon Selatan dari GRC Ang Mo Kio dan dua bahagian dari GRC Sembawang, yakni bahagian Canberra dan bahagian Chong Pang. Pada tahun 2015, Canberra, Simpang, Gambas, Sembawang, dan sebahagian Yishun dikembalikan ke GRC Sembawang. Di tahun 2020, Kebun Baru diukir keluar untuk membentuk suatu Kawasan Undi Perseorangan. Sebahagian kawasan di Yishun Timur dan Simpang yang menjadi bagian dari bahagian Gambas di GRC Sembawang diserap ke GRC Nee Soon untuk membentuk bahagian baru bernama Yishun Link.

Kawasan Nee Soon saat ini dikuasai oleh Kasiviswanathan Shanmugam dan Muhammad Faishal bin Ibrahim Khan Surattee.


Previous Page Next Page






Nee Soon Group Representation Constituency English

Responsive image

Responsive image