Jepun terdiri daripada tiga peringkat pentadbiran kerajaan: negara, wilayah dan perbandaran. Negara dibahagikan kepada 47 buah wilayah Jepun. Setiap wilayah Jepun terdapat pelbagai kawasan perbandaran. Di Jepun, terdapat empat jenis kawasan perbandaran iaitu bandar terancang, bandar utama, bandar istimewa, bandar, pekan, kampung serta wad istimewa (ku di Tokyo). Dalam bahasa Jepun, sistem ini dikenali sebagai shikuchōson (市区町村), dimana setiap huruf kanji dalam setiap patah perkataan mewakili satu daripada empat jenis kawasan perbandaran.
Segala bentuk keputusan bagi mendapatkan status kawasan perbandaran (sama ada bandar, pekan, kampung yang berada dalam lingkungan kawasan perbandaran) adalah ditentukan oleh kerajaan di peringkat wilayah. Secara amnya, status bagi sebuah kampung atau pekan boleh dinaik taraf menjadi sebuah bandar jika kadar populasi penduduknya bertambah melebihi 50,000 orang, akan tetapi sesebuah bandar yang telah mendapat status “bandar” boleh (atau tidak perlu) diturunkan statusnya kepada asal (kampung ataupun pekan) jika kadar populasinya kurang daripada 50,000 orang. Bandar yang mempunyai penduduk yang paling sedikit ialah Utashinai, Hokkaidō, yang mempunyai populasi penduduk anggaran 6,000 orang sahaja, manakala sebuah pekan di kawasan wilayah yang sama iaitu Otofuke, Hokkaidō, mempunyai kadar populasi penduduknya hampir 40,000 orang.
Terdapat juga beberapa bandar yang mempunyai pentadbiran subbahagiannya tersendiri, juga dikenali sebagai wad. Akan tetapi wad istimewa di Tokyo bukanlah sebahagian daripada wad didalam lingkungan kawasan perbandaran.
Berikut merupakan senarai bandar-bandar besar:
Perhatian: Ibu negara iaitu Tokyo, tidak lagi mempunyai status sebagai sebuah bandar. Kini wilayah Tokyo terdiri daripada 23 buah wad istimewa, dimana setiap satu bandar, pekan serta kampung (sama ada dikawasan kepuluaun utama ataupun diluar) tidak bergantung daripada mana-mana pihak dalam sistem pentadbirannya. Setiap satu daripada 23 wad istimewa Tokyo juga dikatakan bersamaan dengan sebuah pusat bandar dan kadang-kadang 23 buah wad istimewa ini juga dikenali sebagai sebuah bandar besar. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut mengenai bekas bandar-bandar di Tokyo, sila lihat Bandar Tokyo; manakala bagi lanjutan tentang wilayah Tokyo terkini, sila lihat Tokyo
Pengecualian diberikan kepada wad istimewa di Tokyo, kesemua bandar-bandar besar di Jepun adalah bandar terancang yang telah ditetapkan oleh ordinan kerajaan
Lihat Senarai bandar-bandar Jepun untuk melihat senarai bandar-bandar yang lengkap.
Lihat Juga: Bandar Utama