Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kayu

Permukaan kayu

Kayu (Jawi: کايو; kata ganda: kayu-kayan, Jawi: کايو-کاين‎) ialah sejenis bahan organik berserat yang dijumpai dalam batang dan akar pokok atau tumbuh-tumbuhan. Biasanya kayu merujuk kepada tumbuhan saka yang kekal. Ia telah digunakan selama beribu tahun sebagai bahan bakar dan bahan pembinaan. Serat selulosa kompositnya (yang kuat dalam tegangan) tersirat dalam matriks lignin yang tahan tekanan. Dalam pokok yang hidup, kayu mempunyai fungsi sokongan, membolehkan pokok tersebut menegak dan membesar tinggi. Ia juga menjadi pengantara pemindahan air dan nutrien ke daun dan tisu membesar lain.

Bumi memiliki kira-kira satu trilion tan kayu, yang bertambah pada kadar 10 bilion tan setahun. Sebagai sumber boleh diperbaharu karbon-neutral yang banyak, bahan berkayu menimbulkan minat yang tinggi sebagai sumber tenaga boleh baharu. Pada 1991, kira-kira 3.5 bilion meter padu kayu dipungut. Kegunaan utama ialah untuk perabot dan binaan[1] serta kertas.

Kayu terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayu lembut, sederhana dan keras.

  1. ^ Horst H. Nimz, Uwe Schmitt, Eckart Schwab, Otto Wittmann, Franz Wolf "Wood" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2005, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a28_305

Previous Page Next Page






Hout AF Holz ALS እንጨት AM Fusta AN Holt ANG خشب Arabic ܩܝܣܐ ARC خشب ARZ Madera AST Taxta AZ

Responsive image

Responsive image