Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kegunaan wajar

Untuk dasar kegunaan wajar Wikipedia, sila lihat Wikipedia: Kegunaan wajar.

Kegunaan wajar atau penggunaan wajar ialah sebuah doktrin undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang membenarkan setakat kegunaan bahan-bahan hak cipta tanpa memerlukan kebenaran daripada pemilik hak cipta, umpamanya untuk kesarjanaan atau ulasan. Doktrin ini memperuntukan kesahan untuk membuat petikan tanpa lesen serta penggabungan bahan-bahan hak cipta daripada karya pengarang lain di bawah ujian pengimbangan empat faktor:

  1. Apakah tujuan dan sifat kegunaan anda, termasuk adakah kegunaan itu bertujuan untuk perdagangan pada dasarnya?
  2. Apakah sifat karya asli yang ingin anda gunakan?
  3. Apakah kepentingan bahagian itu dalam karya asli, dan setakat manakah karya asli itu yang ingin anda gunakan?
  4. Apakah kesan kegunaan ini pada pasaran karya asli atau kebenarannya jika karya anda digunakan secara seluas?

Kegunaan wajar berdasarkan hak pertuturan bebas yang diperuntukkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat. Istilah "kegunaan wajar" adalah unik bagi Amerika Syarikat; pengolahan adil, sebuah prinsip yang serupa, wujud dalam sesetengah bidang kuasa common law yang lain. Undang-undang hak cipta Filipina, sebuah negara yang pernah merupakan tanah jajahan Amerika Syarikat, mempunyai doktrin kegunaan wajar yang didasarkan sebahagian besar, jika bukan keseluruhannya, pada doktrin yang diterimaguna oleh Amerika Syarikat.

Undang-undang tanda dagangan Amerika Syarikat juga mengandungi pembelaan "kegunaan wajar". Sedangkan namanya adalah sama, doktrin-doktrin agak berbeza. Bagaimanapun, bidang kuasa undang-undang sivil mempunyai pengehadan dan kekecualian hak cipta yang lain.


Previous Page Next Page