Ditubuhkan | 1996 |
---|---|
Kawasan | Asia Tenggara |
Jumlah pasukan | 10 (Pusingan akhir) 11 (layak untuk memasuki kelayakan) |
Juara semasa | Vietnam (Gelaran ke-3) |
Pasukan paling berjaya | Thailand (7 Gelaran) |
Laman sesawang | laman web rasmi |
Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2024 |
Kejohanan | |
---|---|
Kejohanan Bola Sepak ASEAN atau dikenali sebagai Piala AFF atau Piala Mitsubishi Electric AFF (atas sebab penajaan) merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN untuk pasukan bola sepak kebangsaan di Asia Tenggara.
Thailand mendominasi kejohanan sebanyak tujuh kali gelaran kejuaraan diikuti Singapura sebanyak empat kali manakala Vietnam memenangi 2 kali dan Malaysia memenangi 1 kali.
Bermula edisi 2018, juara kejohanan akan bersaing dalam Trofi Juara-Juara AFF–EAFF, menentang juara Kejohanan Bola Sepak E-1 EAFF, juara dari Asia Timur, untuk menentukan juara Asia Timur dan Tenggara.
Sejak menyertai AFF pada 2013, Australia tidak pernah bertanding dalam Kejohanan AFF senior.
Syarikat Tiger Beer di Singapura merupakan penaja utama kejohanan ini sehinggalah 2005. Kejohanan ini kemudian dinamakan semula sebagai Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 2007. Pada tahun 2008 sehingga sekarang, Syarikat Suzuki dari Jepun menjadi penaja utama kejohanan ini dan kemudian dikenali sebagai Piala Suzuki AFF sehinggalah edisi 2020.[1] Pada 23 Mei 2022, AFF mengumumkan perjanjian baharu dengan syarikat Jepun yang lain iatu Mitsubishi Electric sebagai penaja baru, oleh itu, kejohanan telah dinamakan sebagai Piala Mitsubishi Electric AFF bermula dari edisi 2022.[2]