Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kekuatan tegangan

Ujian tegangan yang dijalankan ke atas komposit sabut kelapa. Saiz spesimen tidak mengikut piawai.

Kekuatan tegangan (atau ) ditentukan oleh maksimum dan minimum dari lengkuk tegasan-terikan (stress-strain curve) dan secara umum untuk menunjukkan bila kegentingan berlaku. Oleh kerana sifat ini merupakan ciri sifat intensif, nilainya tidak bergantung pada saiz contoh ujian. Ia bagaimanapun bergantung pada penyediaan contoh dan suhu persekitaran dan bahan uji kaji.

Kekuatan tegangan, bersama dengan modulus kekenyalan dan ketahanan hakisan, merupakan tatarajah penting bagi bahan kejuruteraan yang digunakan dalam struktur dan peranti mekanikal. Ia khusus bagi bahan seperti aloi, bahan sebatian, seramik, plastik dan kayu.


Previous Page Next Page