Keli | |
---|---|
Kepala banteng hitam | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
(tanpa pangkat): | Otophysi |
Order: | Siluriformes G. Cuvier, 1817 |
Spesies jenis | |
Silurus glanis Linnaeus, 1758
| |
Keluarga[4] | |
Keluarga wujud:
Keluarga pupus: |
Keli (order Siluriformes atau Nematognathi) ialah sebuah kumpulan yang rencam bagi ikan bersirip ruji. Saiz dan kelakuan keli menjulat daripada tiga spesies hidup terbesarnya, iaitu patin gergasi Mekong dari Asia Tenggara, keli wels dari Eurasia, dan keli piraiba dari Amerika Selatan, hinggalah detritivor (spesies yang makan benda mati di dasar), malah spesies parasit halus yang biasa dipanggil candiru, Vandellia cirrhosa. Kumpulan ini turut dikelompokkan sebagai "ikan duri" atau "ikan sembilang", yang mana dipanggil catfish dalam bahasa Inggeris, dan merangkumi kelompok ikan termasuk keli sebenar, patin, duri, baung dan sembilang.
Baik yang berlapis perisai mahupun yang telanjang tidak memiliki sisik. Ahli order Siluriformes ditakrifkan mengikut ciri tengkorak dan pundi renang. Keli mempunyai kepentingan komersial yang cukup besar; spesies besar banyak diternak dan ditangkap sebagai makanan. Banyak spesies yang lebih kecil pula, khususnya genus Corydoras, penting dalam hobi akuarium. Kebanyakan keli ini nokturnal,[5][6] namun yang lain (kebanyakan Auchenipteridae) adalah krepuskular atau diurnal (contohnya, sebahagian besar Loricariidae atau Callichthyidae).