Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Kelompok globul
Kelompok globul (Jawi: کلومڤوق ڬلوبولcode: ms is deprecated ) ialah rumpun kumpulan bintang berbentuk sfera (glob) yang mengorbit teras galaksi sebagai satelit. Kelompok globul sangat terikat dengan graviti, yang memberi mereka bentuk bulat dan kepadatan bintang yang relatifnya tinggi ke arah pusat mereka. Nama kelompok bintang ini berasal daripada perkataan Latinglobulus—sfera kecil. Kelompok globul kadang-kadang lebih dikenali sebagai globular.
Kelompok globul ditemui di halogalaksi dan mengandungi lebih banyak bintang dan jauh lebih tua daripada kelompok terbuka yang kurang padat, yang terdapat dalam cakera galaksi. Kelompok globul cukup umum; terdapat kira-kira 150[2] hingga 158[3] buah kelompok globul yang dikenali di Bima Sakti, dengan mungkin 10 hingga 20 buah lagi masih belum ditemui[4]. Galaksi yang lebih besar boleh mempunyai lebih banyak: Galaksi Andromeda, misalnya, mungkin mempunyai sebanyak 500 buah[5]. Beberapa galaksi elips (terutamanya yang berada di pusat-pusat kelompok galaksi), seperti M87,[6] mempunyai sebanyak 13,000 buah kluster globul.
Setiap galaksi dengan jisim yang mencukupi dalam Kumpulan Tempatan mempunyai rangkaian kelompok globul, dan hampir setiap galaksi besar yang ditinjau telah didapati memiliki sistem kelompok globul.[7] Galaksi kerdil Sagittarius dan Canis dilihat sekaan-akan sedang dalam proses mendermakan rangkaian kelompok globul mereka (seperti Palomar 12) ke Bima Sakti.[8] Ini menunjukkan berapa banyak kelompok globul galaksi ini mungkin telah diperoleh pada masa lalu.
Walaupun kelihatan bahawa kelompok globul mengandungi beberapa bintang pertama yang dihasilkan di dalam galaksi, asal-usul mereka dan peranannya dalam evolusi galaksi masih belum jelas. Jelas bahawa kelompok globul berbeza jauh dari galaksi elips kerdil dan dibentuk sebagai sebahagian daripada pembentukan bintang bagi galaksi induk berbanding sebagai galaksi yang berasingan.[9]
^Ashman, Keith M.; Zepf, Stephen E. (1992). "The formation of globular clusters in merging and interacting galaxies". Astrophysical Journal, Part 1. 384: 50–61. Bibcode:1992ApJ...384...50A. doi:10.1086/170850.
^McLaughlin, Dean E.; Harris, William E.; Hanes, David A. (1994). "The spatial structure of the M87 globular cluster system". Astrophysical Journal. 422 (2): 486–507. Bibcode:1994ApJ...422..486M. doi:10.1086/173744.
^Lotz, Jennifer M.; Miller, Bryan W.; Ferguson, Henry C. (September 2004). "The Colors of Dwarf Elliptical Galaxy Globular Cluster Systems, Nuclei, and Stellar Halos". The Astrophysical Journal. 613 (1): 262–278. arXiv:astro-ph/0406002. Bibcode:2004ApJ...613..262L. doi:10.1086/422871.