Kelvin Yii Lee Wuen | |
---|---|
俞利文 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bandar Kuching, Sarawak | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Chong Chieng Jen |
Majoriti | 28,891 (PRU-15) 35,973 (PRU-14) |
Ketua Pemuda Pakatan Harapan | |
Menyandang jawatan 29 Julai 2022 | |
Timbalan | Adam Adli Mohd Hasbie Muda Felix Joseph Saang Nurthaqaffah Nordin |
Didahului oleh | Howard Lee Chuan How |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kelvin Yii Lee Wuen 31 Ogos 1986 Kuching, Sarawak, Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) Pakatan Harapan (PH) |
Kediaman | Kuching, Sarawak, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti London Universiti Perubatan Negara Volgograd |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bahasa Cina: 俞利文; pinyin: Yū Lìwén; lahir pada 31 Ogos 1986),[1] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia Malaysia Sim Chee Keong.
Pada 17 Mac 2020, Kelvin diuji positif untuk COVID-19 dan dikuarantin di Hospital Umum Sarawak. Beliau telah disyaki dijangkiti virus ketika bertemu ahli parlimen Sarikei Wong Ling Biu yang juga dijangkiti virus itu semasa pandemik di Malaysia.[2]