کمنترين ڤڠڠکوتن دان اينفوکومونيکاسي | |
![]() Bangunan kementerian | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Januari 1984 |
Bidang kuasa | Kerajaan Brunei |
Ibu pejabat | Bandar Seri Begawan, Brunei |
Belanjawan tahunan | ▲ $101 juta BND (2021) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Laman sesawang | https://www.mtic.gov.bn |
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Perhubungan,[1] ialah sebuah badan kementerian dalam kerajaan Brunei yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perhubungan maklumat dan pengangkutan awam di Brunei. Kementerian ini diketuai oleh seorang menteri dan pada masa ini dipegang oleh Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha yang memegang jawatan sejak 7 Jun 2022.[2] Ibu pejabat kementerian ini terletak di Bandar Seri Begawan.