Bangunan Kementerian Pertahanan | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Januari 1984 |
Bidang kuasa | Kerajaan Brunei |
Ibu pejabat | Bolkiah Garrison, Bandar Seri Begawan, BB3510, Brunei Darussalam |
Belanjawan tahunan | ▲$796.3 juta BND (2024) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Laman sesawang | https://www.mindef.gov.bn |
Kementerian Pertahanan (nama singkatan: MinDef, dari nama Inggeris Ministry of Defence ) ialah sebuah kementerian bertaraf kabinet dalam kerajaan Brunei yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pertahanan negara Brunei. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu pasukan tentera negara adalah di bawah pentadbiran kementerian ini. Kementerian Pertahanan dipimpin oleh dua orang menteri: Menteri Pertahanan ialah Sultan Brunei sendiri, iaitu KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. Sementera itu, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof memegang jawatan Menteri Kedua, menggantikan jawatan Timbalan Menteri yang ditiadakan sejak 27 Februari 2023.[1][2]