Gerakan kemerdekaan Taiwan (Cina Ringkas: 台湾独立运动 ; Cina Tradisional: 臺灣獨立運動 ; pinyin: Táiwān dúlì yùndòng) adalah satu gerakan politik untuk menuntut kemerdekaan formal Taiwan.
Matlamat ini mula timbul hasil pertelingkahan dalan undang-undang antarabangsa akibat Perjanjian San Francisco 1952.[1][2][3][4] Para pendokongnya berpendapat bahawa Empayar Jepun tidak menyatakan negara pengganti secara jelasnya apabila melepaskan semua tuntutan ke atas pulau Taiwan dan Penghu dalam perjanjian tersebut, maka kedaulatan sebenar kedua-dua wilayah ini harus ditentukan oleh warga Taiwan melalui penentuan nasib sendiri dan referendum yang dibuat di negara tersebut.