Stuart Stewart | |
---|---|
Kerabat | |
keluarga induk | Puak Stewart |
Negara | Scotland, England, Ireland, Great Britain |
Diasaskan | s. 1371 (653 tahun yang lalu) |
Pengasas | Robert II dari Scotland (1371–1390) |
Pemerintah terakhir | Anne dari Great Britain (1702–1714) |
Gelaran | Senarai
|
Pembubaran | 1807 |
Cabang kadet |
Kerabat Stuart (Jawi: قرابة ستوارت ), asalnya dieja Stewart, ialah sebuah kerabat diraja Scotland, England, Ireland dan kemudian Great Britain. Nama keluarga ini berasal daripada jawatan High Steward of Scotland, yang dipegang oleh nenek moyang kerabat ini, Walter fitz Alan (s. 1150). Nama Stewart dan variasinya kekal sebagai nama keluarga pada zaman cucu beliau Walter Stewart. Raja pertama dalam keturunan Stewart ialah Robert II, yang keturunan lelakinya ialah raja dan permaisuri di Scotland dari tahun 1371, dan England, Ireland dan Great Britain dari 1603, hingga 1714. Mary, Ratu Scotland (r. 1542–1567), dibesarkan di Perancis di mana Mary menggunakan ejaan Perancis bagi nama Stuart.
Pada tahun 1503, James IV berkahwin dengan Margaret Tudor, menghubungkan dua kerabat yang memerintah Scotland dan England. Anak saudara Margaret, Elizabeth I dari England mangkat tanpa anak pada tahun 1603, dan cicit James IV dengan Margaret, James VI dari Scotland, menaiki takhta England dan Ireland sebagai James I dalam Penyatuan Dua Mahkota. Kerabat Stuart memerintah Britain dan Ireland dan empayarnya sehingga kematian Ratu Anne pada 1714, kecuali untuk zaman Komanwel antara 1649 dan 1660.[nota 3]
Keseluruhannya, sembilan orang raja Stewart/Stuart hanya memerintah Scotland sahaja dari 1371 hingga 1603 dengan yang terakhirnya ialah James VI, sebelum baginda naik takhta England. Dua orang permaisuri Stuart memerintah Great Britain berikutan Revolusi Gemilang pada tahun 1688: Mary II dan Anne. Kedua-duanya puteri Protestan James VII dan II menerusi isteri pertamanya Anne Hyde dan cicit James VI dan I. Bapa mereka telah memeluk agama Katolik dan isteri barunya melahirkan seorang anak lelaki pada tahun 1688, yang akan dibesarkan seorang penganut Roman Katolik; jadi James digulingkan dan digantikan dengan anak-anak perempuannya oleh Parlimen pada tahun 1689. Akan tetapi, kedua-dua puteri tiada anak yang mencapai dewasa, jadi mahkota diserahkan kepada Kerabat Hanover selepas kematian Ratu Anne pada tahun 1714 di bawah syarat Akta Pewarisan 1701 dan Akta Keselamatan 1704. Kerabat Hanover mempunyai hubungan dengan Kerabat Stuart melalui garis keturunan Elizabeth Stuart, Ratu Bohemia.
Selepas hilang takhta, keturunan James VII dan II berusaha selama beberapa generasi untuk cuba menuntut semula takhta Scotland dan Inggeris (dan kemudiannya British) sebagai pewaris sah, dengan penyokong mereka dikenali sebagai Jacobite, (daripada Latin Jācōbus 'Raja James' dan -ite 'penyokong'). Namun sejak awal abad ke-19, tiada penuntut aktif daripada keluarga Stuart cuba menuntut takhta itu. Pewaris Jacobite semasa ialah sepupu jauh Franz, Duke dari Bavaria, daripada Kerabat Wittelsbach. Ahli keluarga Stewart paling senior yang masih hidup, keturunan lelaki yang sah daripada Robert II dari Scotland, ialah Andrew Richard Charles Stuart, Earl Istana Stewart yang ke-9.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan