Keretapi Ringan Docklands | |
---|---|
Umum | |
Pemilik | Docklands Light Railway Ltd, sebahagian Pengangkutan untuk London |
Kawasan perkhidmatan | London |
Lokasi | London Raya |
Jenis transit | Metro ringan |
Jumlah laluan/aliran | 7 |
Jumlah stesen | 45 |
Bil. penumpang harian | 340,000 (purata harian, DfT 2017) |
Bil. penumpang tahunan | 121.8 juta (2018/19)[1] ▲ 1.8% |
Ibu pejabat | Poplar |
Laman sesawang | DLR |
Operasi | |
Mula beroperasi | 31 Ogos 1987 |
Pengendali | KeolisAmey Docklands Ltd. Keolis (70%)/Amey (30%) |
Jumlah kenderaan | 149 |
Panjang kereta api | 2 atau 3 gerabak setiap set kereta api |
Jarak kepala | 3 to 5 mins through out the day |
Teknikal | |
Panjang sistem | 38 km |
Bilangan landasan | 2 |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai |
Jejari kelengkungan minimum | 38 m (125 ka) |
Pengelektrikan | 750 V AT rel ketiga (sentuhan bawah) |
Kelajuan purata | 64 km/j (40 mph) |
Kelajuan tertinggi | 80 km/h[2] (Had Kelajuan Maksimum) 64 km/h (Had Kelajuan Operasi) |
sunting |
Kereta Api Ringan Docklands (DLR; bahasa Inggeris:Docklands Light Railway) adalah sistem metro ringan automatik yang dibuka pada tahun 1987 untuk berkhidmat di petempatan Docklands yang dibangunkan semula di London Timur, England.[3][4] Rangkaian DLR meliputi sehingga Stratford di utara, Lewisham di sebelah selatan Sungai Thames di selatan, Tower Gateway dan Bank di daerah kewangan Bandar London di barat, dan Beckton serta Woolwich Arsenal di timur.
Sistem ini beroperasi dengan kakitangan yang minimum di kereta api dan di stesen pertukaran utama; empat stesen bawah tanahnya mempunyai kakitangan untuk mematuhi keperluan keselamatan dan pencegahan kebakaran stesen-stesen bawah tanah. Cadangan pengoperasian yang sama telah dibuat untuk London Underground.[5]
DLR dikendalikan di bawah francais yang dianugerahkan oleh Pengangkutan untuk London (TfL) kepada KeolisAmey Docklands, sebuah usaha sama antara pengendali pengangkutan Keolis dan pakar infrastruktur Amey plc. Sebelum ini, DLR dioperasikan selama lebih 17 tahun oleh Serco Docklands,[6] sebahagian daripada Kumpulan Serco.[7][8] Sistem ini dimiliki oleh Docklands Light Railway Ltd,[9] divisyen Rel London TfL. Pada tahun 2017/18 DLR telah membawa 121.8 juta perjalanan oleh penumpang. Rangkaian ini telah dikembangkan beberapa kali dan sambungan masa hadapan sedang dipertimbangkan.