Ketumbar | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Coriandrum
|
Spesies: | C. sativum
|
Nama binomial | |
Coriandrum sativum |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 95 kJ (23 kcal) |
Karbohidrat | 4 g |
- Serabut diet | 3 g |
Lemak | 0.5 g |
Protein | 2 g |
Vitamin A setara | 337 μg (42%) |
Vitamin C | 27 mg (33%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. |
Ketumbar (Jawi: كتومبر , nama saintifik: Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm.