Enche’ Besar Hajah Khalsom | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Enche' Besar | |||||
Isteri Tunku Mahkota Johor | |||||
Tempoh | 8 Mei 1959 - 9 Jun 1962 | ||||
Didahului oleh | Ungku Aminah | ||||
Diikuti oleh | Tengku Zanariah | ||||
Keputeraan | Josephine Ruby Trevorrow 2 Disember 1935 Romford, Essex, England (United Kingdom) | ||||
Kemangkatan | 1 Jun 2018 Hospital Raja Edward VII, London, England (United Kingdom) | (umur 82)||||
Pemakaman | 6 Jun 2018 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor | ||||
Suami | Tunku Mahmood Iskandar (k. 1956; c. 1962) | ||||
Anakanda Butiran |
| ||||
| |||||
Kerabat | Johor | ||||
Ayahanda | Reginald George Trevorrow | ||||
Bonda | Ruby May Alderman | ||||
Agama | Islam |
Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (lahir Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018)[1] merupakan seorang rakyat Britain.[2] Beliau adalah isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor era moden ke-4.
Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar (ketika itu baginda bergelar Tunku Mahmood Iskandar) pada 5 Januari 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah.[3] Suaminya telah dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959, beliau kemudiannya dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah. Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah kembali menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad yang juga merupakan kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.[4]
Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-52 tahun, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan gelaran kebesaran Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, D.K. , S.M.I.J.[5]