Kimono (着物 , secara literal bermaksud "sesuatu yang dipakai")[1] merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian tradisional negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kain perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Sebabnya kini Kimono merujuk kepada pakaian tradisional kerana budaya barat mempengaruhi budaya di Jepun selepas abad kesembilan belas, perkataan "Kimono" digunakan untuk membezakan pakaian barat ("Youhuku") pada ketika itu.
“Kimono” khususnya merujuk kepada “Kosode”(小袖), pakaian yang berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, berserta kolar dan lengan baju panjang. Selain “Kosode”, “Kimono” ada jenis-jenis yang lain, misalnya “Hakama” (sepasang baju dan seluar berbentuk seperti skirt) dan “Jinbe”(sepasang baju seperti Kosode yang pendek dan seluar pendek). Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.
Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan)[2] dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).