Kitab Imamat (Yunani: Λευιτικός , Latin: Leviticus, Ibrani: וַיִּקְרָא, rumi: Wayyiqrāʾ "maka dipanggil-Nya"[1][2], Ibrani Moden: Vayikra) ialah jilid ketiga Kitab Ibrani, dan yang ketiga daripada lima jilid kitab Taurat. Nama kitab ini memendekkan ungkapan "Imamat Orang Lewi"[a] pinjam terjemah judul kitab ini dalam versi Septuaginta Yunani Λευϊτικόν Leuïtikón "berkenaan suku Lewi" terbitan kata Λευίς Leuī́s, bentuk Yunani nama "Lewi" iaitu suku Yahudi yang memegang tanggungjawab sebagai kahin (Ibrani: כֹּהֵן, rumi: kōhēn ; Arab: كَاهِن, rumi: kāhin ) semacam imam; kitab ini difahamkan umat Yahudi dan Kristian diturunkan kepada Nabi Musa sebagai panduan kahiniah (Ibrani: תורת כהנים torah kohanim "pengajaran para kahin")[1][3][4] bersama jilid-jilid Alkitab yang lain[5] - ia dipercayai ditujukan khusus kepada Nabi Harun dan anak-anaknya.[2] Para cendekiawan moden memandangnya sebagai hasil sumber Kahiniah dari abad ke-5 SM.
Kitab Imamat mengandungi hukum-hukum dan upacara kahiniah, tetapi secara amnya memperincikan perjanjian Tuhan dengan Israel seperti yang diceritakan dalam Kitab Kejadian dan Kitab Keluaran—yang dijelaskan dalam Taurat sebagai kesan-kesan daripada menjalin hubungan istimewa dengan Tuhan (Yahweh). Kesan-kesan ini dinyatakan dari segi hubungan dan tingkah laku masyarakat.
16 bab pertama dan satu bab terakhirnya membentuk Hukum Kahiniah yang menetapkan hukum-hukum kebersihan upacara, penyembahan dosa, dan Hari Penebusan, termasuk Bab 12 yang mewajibkan kaum lelaki berkhatan. Bab 17–26 mengandungi Hukum Kesucian yang merangkumi peringatan dalam bab 19 supaya "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Rukun Besar). Kitab ini banyak membincangkan "kekejian", khususnya larangan pemakanan dan seks. Umumnya, hukum-hukum ini diajukan kepada kaum Ibrani, kecuali beberapa larangan yang dikenakan sama rata kepada "orang-orang asing yang tinggal di tengah-tengah Israel."
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan