Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kitab Keluaran

Kitab Keluaran (Ibrani: שְׁמוֹת Shemot, Yunani: ἔξοδος, rumi: éxodos "keluaran", "berlepas"[1] - bahasa Inggeris: Exodus) adalah kitab kedua di dalam Bible dipegang agama-agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku kedua di dalam kitab Taurat. Kitab ini dinamakan daripada cerita utama yang dikhabarkan dalamnya iaitu peristiwa keluarnya Bani Israel dari Mesir menyelamatkan diri daripada diperhambakan oleh Firaun. Watak utama di dalam kitab ini ialah Musa/Moses, orang yang dipilih Tuhan[2] untuk memimpin umatnya keluar. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi sepuluh perintah khusus diturunkan Tuhan.

Menurut tradisi, Kitab Keluaran bersama dengan 4 kitab lain yang terkandung di dalam Torah Moses ditulis oleh Moses pada penghujung abad kedua sebelum Masihi. Pengkaji Bible moden berpendapat bahawa kitab ini telah ditetapkan susunannya pada lebih kurang tahun 450 sebelum Masehi.

Walaupun para sejarahwan dan ahli arkeologi masih tidak menjumpai apa-apa bukti bagi mengesahkan isi yang terkandung di dalam kitab Keluaran [3], namun hasil galian uji kaji purba di Avaris, Mesir oleh Manfred Bietak telah menunjukkan petanda bahawa rangkaian peristiwa yang sama dengan isi kitab Kejadian, ini mungkin telah berlaku pada penghujung Dinasti yang ke-13 Mesir [4].

  1. ^ Istilah Yunani #1841: Leksikon Yunani Strongs
  2. ^ Istilah "Allah" yang digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia menjadi perkara kontroversi pada masa kini. Penggunaan istilah "Allah" di artikel ini cuma mencerminkan penggunaan masyarakat Kristian Malaysia sendiri dan tidak bertujuan untuk membuat apa jua pendirian di dalam kontroversi tersebut
  3. ^ Harris, Stephen L. (2007), Understanding the Bible, Boston, Mass.: McGraw-Hill, ISBN 0072965487
  4. ^ Bietak, M. (1991), "Egypt and Canaan during the Middle Bronze Age", Bulletin of the American Schools of Oriental Research, 281: 27–72, doi:10.2307/1357163

Previous Page Next Page






Eksodus (Bybel) AF ኦሪት ዘጸአት AM Exodo AN سفر الخروج Arabic ܣܦܪܐ ܕܡܦܩܢܐ ARC سفر الخروج ARZ Éxodu AST Exodus BAR Buku 2 Musa BBC Кніга Выхад BE

Responsive image

Responsive image