Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Klebang

Klebang

Klebang merupakan mukim di Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandaraya Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh. Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari Sungai Udang untuk ke Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka - Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).


Previous Page Next Page






Klebang English Klebang Spanish Klebang Dutch Klebang Polish கிளேபாங் Tamil

Responsive image

Responsive image