Kolej atau maktab merupakan sejenis institusi pendidikan atau sebahagian daripada komponen tersebut. Kolej boleh menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang menganugerahkan ijazah, sebahagian daripada universiti berkolej atau institusi yang menyediakan pendidikan vokasional.
Nama "kolej" ini menyerap dari bahasa Latin collegium terbitan con- = "bersama" + leg- = "undang-undang" atau lego = "saya memilih" atau "aku membaca") yakni, sekelompok orang yang hidup bersama menurut peraturan tertentu. "Maktab" pula serapan bahasa Arab مَكْتَب maktab iaitu bentuk ism kata kerja كَتَبَ kataba (`alā) – daripada akar ك ت ب – yang bermaksud "menulis", ia sendiri dalam bahasa Arab bermaksud "meja" atau "pejabaf".[1]