Kolkhis (bahasa Yunani Purba: Κολχίς , Kolkhís; bahasa Georgia dan bahasa Laz: კოლხეთი, ḳolkheti atau ḳolkha; bahasa Latin: Colchis) adalah kerajaan yang dikenali dalam kalangan masyarakat Yunani Purba terutamanya melalui kisah Iason dan para anak kapal Argo mencari Bulu Kencana. Ia sendiri dikenali dalam kalangan orang Gurji sebagai Egrisi (Bahasa Georgia: ეგრისი ).[c]
Sebahagian besar sejarawan berpendapat bahawa Kolkhis berada di darah Georgia barat dan meliputi provinsi, Abkhazeti, Samegrelo, Svaneti, Racha, Imereti, Guria, Adjara, modern; Rize di Turki modern, provinsi Trabzon dan Artvin (Lazistan, Tao-Klarjeti); dan distrik Sochi serta Tuapse di Rusia moden.[1] Kota ini kemungkinan didirikan di pesisir Laut Hitam pada pertengahan Zaman Gangsa.[2]