![]() |
Koloseum (Latin: Colosseum , juga diberi nama Amphitheatrum Flavium - Itali: Anfiteatro Flavio ) ialah sebuah perani terbuka separa bulat dan berpentas terletak di Rom, Itali moden yang digunakan sebagai tempat pertunjukan sepanjang zaman tamadun kunonya. Koloseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina pada Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasianus pada antara tahun 70 dan 72 M,[1] dan disiapkan pada tahun 80 M oleh puteranya Titus.[2] Ia salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal.
Nama kawasan ini datang daripada nama suatu patung tembaga menggambarkan Maharaja Nero iaitu Colossus Neronis (atau "Nero si Raksasa"[3]), patung tersebut berketinggian 130 kaki atau 40 m. Patung tersebut kemudiannya diolah untuk menyerupai dewa matahari Sol (Colossus Solis) dengan menambahkan suatu "mahkota matahari",[4] bahkan kepala patung digantikan setiap kali Maharaja baru ditabalkan.[5] Patung tersebut menghilang pada abad ke-7 Masihi barangkali untuk diambil guna semula besi tembaganya.[6]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0