Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak ialah sebuah kompleks sejarah di Pasir Salak, Perak Tengah, Perak, Malaysia.

Ianya dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu.

Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Malaysia menentang penjajah British.

Perang Perak bermula da terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British.

Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W. Birch yang buta jiwa Melayu, tuli kepada bahasa Melayu dan naif dengan budi bahasa.

Oleh itu Jabatan Muzium dan Antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada dan menambah bangunan-bangunan kekal lain. Bangunan sedia yang ada di sana ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, tiga buah rumah kutai dan tebing sungai.

suntingan ejaan dan tatabahasa terkini. by Hafizi.Izni


Previous Page Next Page






Pasir Salak Historical Complex English

Responsive image

Responsive image