Kongres Dayak Malaysia Malaysian Dayak Congress MDC | |
---|---|
Pemimpin | Presiden Penaja (Pro Tem President) Nicholas Bawin ak Anggat |
Ditubuhkan | Masih dalam proses pendaftaran |
Ibu pejabat | Kuching |
Laman sesawang | |
Laman Facebook MDC | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Kongres Dayak Malaysia atau Malaysian Dayak Congress (MDC) ialah parti politik yang ditubuhkan berlandaskan kepentingan kaum Dayak di Sarawak yang masih lagi dalam proses pendaftarannya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dikemukakan pada 6 Mei 2005[1][2][3] oleh bekas-bekas pemimpin dan ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan di mana kebanyakannya merupakan penyokong bekas Timbalan Presiden PBDS, Datuk Seri Daniel Tajem yang terlibat dalam krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) 2003-2004. Hasil daripada perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) itu antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing selepas krisis itu telah menubuhkan dan mendaftarkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah menyertai gabungan Barisan Nasional.[4]. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.[5].[6] Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS dan tuhan.[7]
Kegagalan dan kelewatan pendaftaran MDC telah menyebabkan ramai penyokongnya ketiadaan parti politik bernaung terpaksa memilih parti Sarawak lain sebagai alternatif untuk bergerak aktif.[8] MDC telah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk membentuk Barisan Bersatu Sarawak atau 'Sarawak Solidarity Front' (BBS) dalam pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei 2006, di mana calon MDC telah bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan pendaftarannya sebagai parti politik masih belum diluluskan namun telah gagal memenangi sebarang kerusi.[9][10][11]