Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Korps Marinir Republik Indonesia sebelum ini dikenali sebagai KKO (Korps Komando Operasi), secara rasmi dikenali sebagai KORMAR RI atau hanya "Marinir", Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut, ("KORMAR", TNI-AL) adalah sebahagian daripada Angkatan Laut Indonesia dan bersaiz unit kor tentera yang bertindak sebagai infantri laut dan pasukan utama peperangan amfibia Indonesia. Kor ini diperintah oleh seorang jeneral marin dua bintang. Setakat bulan Ogos 2018, ia mempunyai tiga divisyen, masing-masing dipimpin oleh seorang jeneral marin satu bintang:
Kor Marin pada awalnya dibentuk sebagai pasukan operasi khusus bagi Angkatan Laut Indonesia (TNI-AL), dengan nama Korps Komando Operasi disingkatkan "KKO" (harfiah: "Kor Operasi Komando"). Kor Marin terlibat aktif dalam pelbagai konfrontasi dan konflik di Indonesia.
Kor Marin juga menyokong sebuah unit operasi khusus bersama Angkatan Laut-Marin, dikenali sebagai Detasemen Jala Mangkara atau "DENJAKA" (Jala Mangkara Detachment) yang ditubuhkan pada 1 Disember 1984, dan mengambil askar-askar daripada KOPASKA (Pasukan Komando Juruselam Angkatan Laut) dan Taifib (Batalion Peninjau Amfibia Marin).