Jenis | Akhbar harian |
---|---|
Format | Tabloid |
Diasaskan | 30 Ogos 2004 |
Bahasa | Melayu |
Ibu pejabat | Level 4 (East) & 5,
Quattro West No. 4 Lorong Persiaran Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Edaran | 187,967 (harian) 205,520 (Kosmo! Ahad) *Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - July to December 2015[1][2] |
Pemilik |
|
Penerbit | Media Mulia Sdn Bhd |
Ketua pengarang | Mohamad Azlan Jaafar |
Pengarang | Wan Hasnan Wan Hasan |
Timb. pengarang | Jamdi Nasir |
Pengarang berita | Megat Ramli Megat Raof Mustapa Lakawa |
Pengarang sukan | Sopi Somaile |
Laman sesawang | www |
Arkib dalam talian percuma | www |
Kosmo! ialah sebuah akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 30 Ogos 2004. Kosmo! bercorak santai dan dalam bentuk yang paling mudah dibawa dan dibaca.
Akhbar ini dijual di seluruh negara dengan harga 80 sen setiap hari kecuali Ahad yang berharga RM1 dengan nama Kosmo Ahad di awal penerbitannya. Namun sejak April 2007, akhbar ini berharga RM1 bagi setiap hari penerbitannya.[4] Kosmo! bersama-sama akhbar kembarnya, Utusan Malaysia menamatkan operasinya pada 9 Oktober 2019 selepas 15 tahun diterbitkan.[5][6]
Sembilan bulan kemudian pada 20 Julai 2020, Kosmo! sekali dengan Utusan Malaysia kembali di bawah pengurusan baharu.[7]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mkini20200720